14 Oktober 2016 - 03:24
Pemulihan Hubungan Diplomatik Antara Ankara Dan Moscow Tidak Akan Mengubah Pendirian Turki Terhadap Isu Syria: Menteri Luar Turk

Menurut menteri luar Turki, Mevlut Cavusoglu, pemulihan hubungan Ankara-Moscow tidak bermakna Turki bersedia untuk mengubah pendiriannya terhadap isu Syria dan Presiden Assad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut menteri luar Turki, Mevlut Cavusoglu, pemulihan hubungan Ankara-Moscow tidak bermakna Turki bersedia untuk mengubah pendiriannya terhadap isu Syria dan Presiden Assad. Beliau membuat kenyataan tersebut pada hari Khamis semalam selepas mesyuarat di antara Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk dan Turki yang berlangsung di Riyadh.

Menteri luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir pula menyatakan harapan beliau bahawa pemulihan hubungan di antara Moscow dan Ankara akan memberikan kesan positif terhadap krisis di Syria.

Sebelum ini, Cavusoglu telah memanggil pihak berkuasa Rusia untuk menghentikan pengeboman ke atas Aleppo sekaligus membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke bandar itu.